Polis Cari Lima Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Kajang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis mencari lima lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Kajang pada 14 Ogos lalu.

Mereka ialah N Vesnu, 29 dan V Sugumaran, 31 masing-masing beralamat terakhir No 32, Jalan Muhibah Taman Muhibah, Sungai Chuah, Selangor serta No 3, Jalan Cendana 3, Taman Cendana, Sungai Chua, Kajang.

Yang lain ialah I K Guganesan, 25 (No 111, Gelang 7 Bandar Putri, Klang); S Tinakaran, 30 (No 27, Jalan 6 Taman Asa Jaya Kajang, Kajang) dan R Navukarasan, 29 (No 40, Jalan 2 Taman Semarak, Kajang).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata polis menerima laporan kejadian pada jam 10.24 malam itu daripada kekasih mangsa.

“Mangsa berusia 26 tahun dikatakan dipukul oleh sekumpulan lelaki dan kemudian dia disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Suspek disyaki menggunakan objek tumpul untuk menyerang mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Vekram Sinnaiah di talian 019 4737108 atau ke mana-mana balai polis. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat