Gagal Urus Sabah, Warisan Serang Peribadi Lawan

- Advertisement -

BEAUFORT – Pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) dikatakan ketandusan idea berkempen sehingga terpaksa melakukan serangan peribadi kepada calon dan parti lawan, kata, Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri Sabah, Datuk Mohamad Alamin.

Menurut beliau, ada tindakan pihak tertentu yang menggunakan bahan kempen berbentuk serangan peribadi dengan bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat Sabah terhadap situasi sebenar kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Warisan menyentuh pelbagai aspek.

Memetik laporan UMNO-Online, Mohamad menyifatkan pemimpin Warisan hari ini dilihat seolah-olah terhimpit ke dinding apabila satu persatu mula dipersoalkan oleh rakyat Sabah tentang bagaimana mereka mentadbir negeri ini selepas mengambil alih daripada kerajaan yang diterajui BN yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.

‘’Itu ertinya mereka terdesak. Kita berpolitik ini haruslah matang…kita ‘attack’ (serang) soal kepimpinan tidak mengapa… soal dasar parti tidak mengapa… ‘attack’ parti pun tidak mengapa tetapi jika ‘attack’ peribadi itu sudah ‘desperate’ (terdesak). Tidak ada dalam dunia ini seorang yang ‘perfect’ (sempurna). Kalau kita nak ‘attack’ peribadi pun boleh tetapi kita tidak mahu kerana itu tidak mencerminkan politik matang.

‘’Kita ‘attack’ kepimpinan. Nampaknya Warisan ini tidak ada isulah. Mereka berdepan dengan pelbagai isu bagaimana mereka mentadbir negeri Sabah gagal, mentadbir ekonomi gagal, membela nasib rakyat gagal, pendidikan gagal… jadi mereka ini sudah terhimpit ke dinding… umpamanya begitu. Jadi tidak tahu nak cakap apa kerana kritikan-kritikan rakyat netizen itu berasas dan betul,’’ katanya memetik laporan portal itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis menegaskan, peluang yang ada hari ini terbentang luas di depan rakyat khususnya pengundi untuk melakukan perubahan balik dengan menolak parti Warisan dan sekutu mereka.

‘’Jadi inilah… rakyat Sabah peluang sudah terhidang di depan dan kita ambil peluang ini dan ubah balik. Kita buang kerajaan yang langsung tidak bertanggungjawab dan langsung gagal… kita pilih sebuah kerajaan yang mempunyai ‘track record’ (rekod perkhidmatan) yang cukup cemerlang BN dalam menguruskan ekonomi, menguruskan negeri serta menguruskan rakyat cukup cemerlang.

‘’Tindakan seumpama ini tidak akan dapat menutup kegagalan mereka di mata rakyat. Saya tidak fikir begitu kerana setiap kali pilihan raya dimainkan isu UMNO rasis tetapi di Sabah ini UMNO menerusi BN membela rakyat tidak mengira bangsa, agama dan budaya. UMNO di depan.

‘’Di Kimanis umpamanya kita ramai berbilang kaum. Brunei ada sini, Dusun, Kadazan ada di sini dan sebagainya lagi semuanya dijaga dengan baik. Bagaimana kalau mereka tuduh UMNO ini rasis. UMNO ini akomodatif kepada seluruh kaum di seluruh Malaysia,’’ katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat