Asri Janggut Tidak Minat Join Politik

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid menolak tawaran menyertai politik.

Dalam satu kenyataan Asri yang lebih dikenali dengan panggilan Asri Janggut berkata, dia dijemput oleh satu pihak yang tidak diketahui namun menolak.

“Bismillah… Assalammualaikum saya telah dilamar untuk join (sertai) politik, keputusan yang ambil seperti berikut..,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, politik bukan bidang beliau dan hanya memberi tumpuan kepada mereka yang mahu memajukan perniagaan, dan membantu orang yang perlukan perkerjaan.

“Politik bukanlah bidang saya, saya hanya akan fokus melahirkan 3000 usahahawan bumiputra, memberi peluang pekerjaan, membantu keluarga susah,” ujarnya.

Namun, beliau berkata, dia berkerjasama mana-mana pihak yang tidak melibatkan politik demi membantu dan memberi khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukan.

“Bagi mana – mana agensi dibawah kerajaan, koperasi, usahawan kecil, peniaga jalanan atau individu yang ingin mendapat khidmat nasihat, ingin bekerjasama saya sedia membantu pada bila -bila masa demi kebaikan untuk negara,” katanya.

Asri Janggut yang terkenal selepas menggemparkan negara selepas memuat naik dua video siaran langsung yang mendedahkan kewujudan premis perjudian aktif dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh yang masih beroperasi tanpa sebarang tindakan, pada 8 Ogos lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat