PRK Slim: 12 Borang Percalonan Terjual

- Advertisement -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan sebanyak 12 borang percalonan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim telah terjual sehingga hari semalam.

“Buat masa ini calon BN sahaja yang sudah membayar deposit manakala calon lain masih belum berbuat demikian, kata Pengarah SPR Negeri Perak Mohd Nazri Ismail.

SPR mengingatkan bakal-bakal calon supaya dapat membayar deposit dengan secepat mungkin bagi memudahkan proses penamaan calon esok hari, katanya lagi.

“Buat semakan awal borang penamaan calon di pejabat pegawai pengurus atau di pejabat SPR Negeri, jelasnya lagi.

Berkaitan proses penamaan calon esok hari, beliau memberi ingatan agar semua parti dan para penyokong mematuhi SOP yang ditetapkan. Untuk itu, hanya calon, pencadang dan penyokong sahaja dibenarkan masuk ke dewan. Tiada perarakan dibenarkan, dan SPR menasihatkan agar langkah-langkah penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka sentiasa dipatuhi oleh semua.

“Persiapan untuk hari esok berjalan lancar seperti yang dirancangkan sebelum ini, katanya.

Sementara itu, hanya dua calon buat masa ini sudah diperkenalkan oleh parti masing-masing untuk bertanding, Barisan Nasional akan diwakili pemangku Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tanjung Malim Tuan Mohd Zaidi Aziz manakala Parti Pejuang Amir Khusyairi Mohd Tanusi akan menggunakan logo bebas.

PRK Dun Slim akan berlangsung pada 29 Ogos, pengundian awal pada 25 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, menyaksikan Khusairi yang mewakili BJ mengekalkan kerusi Dun Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zalfadhli Zaina.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat