Jiwa tenang selepas bertudung

Malaysia Kecam Ucapan Hina Islam Dan Penerbitan Karikatur Lakaran Nabi Muhammad SAW

CYBERJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam sebagaimana yang dapat disaksikan dunia baru-baru ini menerusi ucapan populis serta penerbitan...

KKM Jangka 4 Minggu Lagi Ratakan Lengkungan Jangkitan Covid-19

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan lengkungan pandemik Covid-19 dapat diratakan dalam tempoh empat minggu akan datang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

PKR Gagal Serah Writ Saman RM10 Juta Kepada Zuraida – Peguam

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar...

Kerajaan Tiada Kuasa Batal PRK Batu Sapi, SOP Lebih Ketat Dibincang

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember ini akan tetap diteruskan biarpun kes positif Covid-19 terus meningkat...

835 Kes Baru Covid, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi 410 Kes – KKM

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada tiga angka apabila mencatatkan 835 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes...

KUALA LUMPUR: Status pelakon tinggi lampai, Tunku Hanis menjadi tanda tanya selepas hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen.

Bukan merajuk, jauh sekali meletakkan titik noktah pada kerjaya lakonan, sebaliknya pelakon yang menempa nama menerusi drama Suamiku Encik Sotong dan Leftenan Zana menumpukan perhatian terhadap dunia perniagaan.

Pelakon berdarah kacukan Melayu Arab itu berkata, dia sibuk dengan menguruskan operasi perniagaan dalam tempoh setahun sembilan bulan.

“Siapa kata saya merajuk? Tak merajuk atau bawa diri pun sebaliknya memberikan fokus pada perniagaan hingga tiada masa mahu berlakon.

“Secara jujurnya, saya rindu nak ke lokasi penggambaran selepas sekian lama tak berlakon. Antara paling rindu adalah suasana penggambaran.

“Saya berlakon semula apabila perniagaan sudah mula stabil. Kerana sudah boleh membahagikan masa,” katanya kepada BH Online.

Tunku Hanis mula berhijab sejak dua tahun lalu selepas membintangi drama yang mencetuskan fenomena, Leftenan Zana. - Foto IG Tunku Hanis
Tunku Hanis mula berhijab sejak dua tahun lalu selepas membintangi drama yang mencetuskan fenomena, Leftenan Zana. – Foto IG Tunku Hanis

Terbaharu, Tunku Hanis atau nama sebenarnya, Tunku Norhanis Tunku Salman akan menjayakan drama Baby Tak Gila terbitan Pencil Pictures sebanyak 16 episod.

Kongsinya, ia adalah kemunculan pertamanya selepas sekian lama tidak berlakon.

“Drama Baby Tak Gila adalah naskhah pertama selepas lama berehat. Alhamdulillah, tawaran lakonan masih ada, cuma tidaklah selebat dahulu. Mungkin orang ingat saya sudah tidak mahu berlakon,” katanya.

Tunku Hanis berkata, dia kini sudah berhijab pada November 2018, selepas membintangi drama Leftenan Zana.

“Ada yang anggap saya tidak mahu berlakon selepas berhijrah. Secara kebetulan, saya pula tidak berlakon selepas bertudung dan membintangi dalam drama Leftenan Zana.

“Saya masih menerima tawaran, tetapi watak yang diberikan tidak bersesuaian dengan imej bertudung. Orang sudah biasa nampak saya menjayakan watak antagonis, jadi ramai menawarkan watak kaki mabuk, gemar ke kelab malam, gadis liar dan sebagainya.

“Dengan imej sekarang, mana sesuai watak begitu. Tetapi, itulah bukanlah sebab utama, ada juga tawaran yang diterima tidak kena dengan jadual,” katanya.

Menyingkap kisah penghijrahannya, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan bertudung disebabkan usianya sudah bertambah.

“Saya rasa nak bertudung disebabkan saya makin dewasa. Sebelum ini, saya melalui fasa nakal, di mana jiwa dan hati tidak tenang, malah sentiasa tak puas.

“Disebabkan saya makin berusia, biarlah perlahan-lahan berubah. Sebagai orang Islam, tak bertudung adalah berdosa, jadi ia membuatkan saya rasa bersalah.

“Saya bukanlah bercakap seolah-olah saya ustazah. Saya masih memperbaiki diri sama dengan orang lain,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Mula Dijual Hari Ini, Sea Salt McFlurry Oleh McDonald’s Ini Sedang ‘Trending’ Di Malaysia

Ketika cuaca panas, makan aiskrim pasti akan menyegarkan anak tekak anda. Jom terjah McDonald’s untuk cuba aiskrim terbaharunya. McDonald’s Malaysia baru sahaja perkenalkan Sea Salt...

HUAWEI FreeBuds Studio, Fon Kepala Penuh Penggayaan Dengan Pembatalan Hingar Aktif

Mulai aktif dengan menghasilkan telefon pintar, HUAWEI nampkanya terus melebarkan sayap mereka dengan memperkenalkan pelbagai aksesori buat pencinta gadget merangkumi komputer riba, tablet, earphone dan sebagainya. Terbaharu,...

Dapat Permintaan Ramai, FamilyMart Kembalikan Strawberry Sofuto Dengan Harga RM0.99

Setiap kali FamilyMart hadir dengan perisa baharu mesti ramai tidak sabar mahu mencuba. Difahamkan, FamilyMart kini kembalikan Strawberry Sofuto dalam menu mereka atas permintaan...