Permohonan Najib Batal Pinda Laporan 1MDB Ditolak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Permohonan bekas Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan 1MDB ditolak Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Mohd Zaini Mazlan menolak permohonan berkenaan selepas berpendapat pertuduhan yang dikenakan tidak mengelirukan seperti mana didakwa bekas Perdana Menteri itu.

“Permohonan untuk membatalkan pertuduhan keatas Najib adalah pramatang, kata Hakim.

Pasukan pembelaan yang diketuai oleh Tan Sri Shafiee Abdullah memfailkan permohonan itu selepas mahkamah permohonan pihak pendakwaan untuk meminda petuduhan terhadapnya.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan laporan pindaan akhir audit 1MDB sebelum dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu dikompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Putrajaya pada 22 dan 26 Febuari 2016.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang mana lebih tinggi jika bersalah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat