Doa rakyat Melaka dimakbulkan, Kor Ming bila lagi? – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Datuk Dr Akmal Saleh menyambut baik berita kononnya DAP Melaka dijangka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri petang ini jika usul pelantikan Adun lantikan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

“Alhamdulilah doa rakyat Melaka dimakbulkan.

“Nga Kor Ming bila lagi? soal Ketua Pemuda Umno itu dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Difahamkan, tindakan itu menyusul selepas kata dua diberikan pemimpin parti berkenaan pada sidang media khas yang diketuai Pengerusi DAP negeri, Khoo Poay Tiong, baru-baru ini yang membantah cadangan meminda Perlembagaan Melaka bagi membenarkan pelantikan sehingga tujuh Adun lantikan.

Empat Adun yang akan berbuat demikian adalah Adun Kesidang yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin; Adun Ayer Keroh dan Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee serta dua Timbalan Exco iaitu Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong serta Adun Banda Hilir, Leng Chau Yen.

Difahamkan, DAP juga akan mengumumkan peletakan jawatan semua wakilnya dalam pentadbiran negeri, termasuk Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) negeri sebagai tanda bantahan terhadap pindaan Perlembagaan Negeri terbabit.

Sumber memaklumkan, sidang media petang ini akan diketuai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri yang juga ADUN Bukit Katil, Adly Zahari dan akan dihadiri Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat