Minit mesyuarat lantik hakim bocor, polis cari penyebar

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berkaitan pendedahan dan penyebaran disyaki minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menurutnya, tumpuan siasatan adalah ke arah pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman dan juga di media sosial.

“PDRM akan memanggil semua saksi kompeten bagi membantu siasatan kes ini.

“Kes diklasifikasikan di ba­wah Seksyen 8 Akta Rahsia Ras­mi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenya­ta­an, semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mendedahkan apa juga dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam mendedahkan dan menyebarkan maklumat tersebut,” katanya.

Kelmarin, petikan minit me­syuarat JAC yang didakwa berlangsung pada Mei lalu tersebar di media sosial dipercayai bermula dari laman Reddit, sebelum tular di Facebook dan aplikasi X.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan ber­kata, pihak berkuasa perlu me­nyi­a­sat kesahihan dokumen mi­nit mesyuarat JAC yang tular di media sosial itu.

Fahmi berkata, sekiranya dokumen tersebut disahkan sahih dan diklasifikasikan sebagai rahsia, penyiaran atau pengedarannya boleh membawa implikasi undang-undang, khususnya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat