Polis Buru Tiga Ahli Kongsi Gelap Terlibat Pergaduhan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Seorang samseng berusia 26 tahun kudung tangan selepas terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap melibatkan Geng 04 dan Geng 08 di Taman Tampoi Utama, Skudai, pada 3 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu tersebut merupakan salah seorang daripada empat suspek berusia antara 19 tahun hingga 43 tahun yang berjaya diberkas dalam operasi dijalankan, pada hari sama.

“Siasatan yang dijalankan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes pemerasan dan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

“Dalam masa sama, polis juga sedang giat memburu tiga lagi ahli kongsi gelap yang masih bebas. Punca pergaduhan itu adalah berlaku selisih faham antara dua kumpulan itu ketika sedang berhibur dalam sebuah premis hiburan di Tampoi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, salah seorang suspek mengakui telah membuang pergelangan tangan mangsa di kawasan semak berhampiran lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Kamarul Zaman turut memaklumkan seramai 199 ahli kumpulan kongsi gelap telah berjaya ditahan menerusi Op Cantas yang dijalankan sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

“Antara ahli kongsi gelap yang diambil termasuklah Geng 21, Geng 36, Geng 24, Geng 04, Geng Hong Hong San, Geng Hup Hoe Tong dan Geng Jit It Hai. Mereka terlibat dalam jenayah samun berkumpulan, ugut, pemerasan, mendatangkan kecederaan serta merusuh,”katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat