Hanya Tolak Kerjasama Dengan Parti Nak ‘Bunuh’ UMNO – Jamal Nerubi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik lain namun bukanlah dengan mereka yang mahu ‘membunuh’ UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi berkata, sejak UMNO – Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, ada pihak yang sememangnya mahu menguburkan UMNO namun sehingga kini tetap gagal.

“UMNO ini parti yang berstruktur, berorganisasi, ada Perlembagaan dan ada kepimpinan dengan ahli-ahli berakar umbi dari seluruh pelusuk negara. Kerana itu, biarpun UMNO menjadi pembangkang dan kini sebahagian daripada kerajaan, sokongan anggotanya kepada parti tidak goyah.

“Kerana itu, dalam usaha mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi, anggota UMNO dari seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Bahagian Papar juga akan turut turun padang dan menjadi jentera parti.

“Kita mahukan kemenangan kerana kita mahu menolak pihak yang berhasrat nak menggantikan perjuangan UMNO. Perjuangan UMNO bukanlah atas material atau kepentingan peribadi tetapi demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya lapor UMNO Online pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, UMNO dan anggota jentera parti akan memainkan peranan penting dalam mendepani pihak lawan yang kembali menggunakan manipulasi dan fitnah dalam berpolitik.

“Berdasarkan sokongan kita lihat momentum kembali kepada UMNO. Mereka sekarang seakan ketinggalan malah ada pemimpin-pemimpin pembangkang yang baru keluar, baru nampak muka kerana nak dekat pilihan raya.

“Tapi rakyat tahu, rakyat melihat bagaimana tindakan UMNO yang tidak pernah berhenti bersama rakyat walaupun kalah, maka perbandingan ini akan membuat rakyat menilai bahawa ada pemimpin-pemimpin yang cuma turun untuk meraih undi apabila tiba pilihan raya,” katanya lagi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN). Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat