Unit komunikasi strategik kementerian akan diperkasa – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Unit komunikasi strategik di semua kementerian akan diperkasa bagi mempergiatkan lagi usaha penyampaian maklumat supaya rakyat tahu usaha yang dijalankan oleh kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dengan penambahan peruntukan daripada kelaziman bagi memperkasa kerja-kerja penyampaian informasi dan data kepada pengamal media serta Keluarga Malaysia.

Annuar berkata usaha memantapkan penyampaian informasi di setiap kementerian itu dilihat perlu agar rakyat tidak terperangkap dengan maklumat separa benar di media sosial kerana jika kerajaan tidak memberikan maklumat yang benar, maklumat yang tidak benar mungkin dipakai.

“Apa-Apa yang dibincang, diputuskan, kita akan kongsikan dengan rakyat. Saya akan kongsikan dua kali seminggu apa jua maklumat yang diterima dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan agar diketahui rakyat. Jadi kena ubahlah cara kita bekerja dengan perbanyakkan beri maklumat kepada rakyat, perlu telus dalam menyampaikan data, maklumat dan perkembangan.

“Bukan itu sahaja, saya juga telah berbincang dengan semua Ketua Setiausaha kementerian. Beri kerjasama kepada media, kepada penyunting dan kesemua pihak yang ingin mendapatkan maklumat tanpa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya selepas program Bicara Naratif terbitan RTM malam ini.

Menyentuh mengenai isu bekalan minyak masak dalam negara, Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata pihak yang bertanggungjawab tidak perlu cuba bersembunyi sebaliknya memberi kerjasama kepada usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kita beri penegasan kalau mereka tidak beri kerjasama dan saya dapati penyeludupan masih tetap berlaku, kita akan cari pilihan untuk ubah sistem secara menyeluruh, mereka akan kehilangan bisnes.

“Jadi kalau ingin teruskan bisnes, lakukannya dengan betul. Jangan salah guna dana rakyat yang kita beri subsidi tetapi barangnya tidak sampai kepada rakyat.

“Kita mahu mereka jalankan perniagaan dengan perkara yang betul, kita sanggup berikan pelbagai kemudahan termasuk beri kuota kepada mereka kerana kita mahu mereka jalankan bisnes. Tetapi mereka tidak boleh manipulasi sistem sehingga menjadi lemah dan tidak berjaya,” katanya.

— BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat