Kini UMNO ada kelebihan, kenapa laga-lagakan pemimpin? – Ketua UMNO Bahagian Tampin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO kini berada di landasan yang tepat, namun kenapa masih wujud orang dalam parti yang cuba merosakkan dan melaga-lagakan pemimpin UMNO,” soal Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

Tegas beliau, dengan adanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, kelebihan kepada UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berbanding UMNO sebagai pembangkang atau semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Sekiranya ada perjanjian tersebut seperti surat perjanjian yang diviralkan ia menguntungkan parti sebab Perdana Menteri daripada orang UMNO.

“Datuk Seri Ismail Sabri mengambil alih tampuk kepimpinan negara dalam keadaan yang teruk iaitu dengan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang tidak stabil. Bila negara di landasan yang betul, kenapa ada orang dalam parti yang nak rosak dan melaga-lagakan pemimpin UMNO? Sepatutnya kita bersatu kerana nak PRU,” katanya kepada Suara.TV pada Khamis.

Menurut Mohd Isam, Ismail Sabri sudah tegaskan beberapa kali bahawa beliau orang parti, jadi tidak mungkin beliau akan membelakangkan parti.

“Parti dah buat keputusan, PRU akan disegerakan dan dipersetujui semua bahawa Top 5, biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan membincangkan dengan lebih terperinci. Sebagai ahli parti kita ikut arahan pucuk pimpinan.

“Kami bersiap sedia dan fokus untuk menghadapi PRU-15 dan tidak sama sekali terkesan dengan apa jua bentuk provokasi dari dalam atau luar UMNO untuk lemahkan semangat kami mahupun untuk melaga-lagakan pemimpin kami.

“Kami UMNO Bahagian Tampin juga berharap pilihan raya diadakan lebih cepat agar pengundi-pengundi dapat menentukan kepimpinan negara,” katanya.

Baru-baru ini bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mengesahkan wujud perjanjian antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat