NGO Lapor Polis, Bimbang Kelab Komedi Jadi Medium Persenda Islam dan Melayu

- Advertisement -

BAYAN LEPAS – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang (GNIPP) hari ini membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini.

Jurucakap GNIPP Ahmad Yakqub Nazri berkata, pihaknya khuatir kelab itu dijadikan medium mempersendakan agama Islam dan bangsa Melayu sebagai bahan jenaka oleh ramai lagi individu atas nama seni dan kebebasan bersuara.

“Kami bimbang kelab itu menjadi tempat berkumpul golongan liberal dan anti-Islam yang tidak segan silu mempermainkan isu agama seterusnya menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.

“Kegiatan kumpulan ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana tindakan menghiburkan penonton dengan melakukan penghinaan terhadap agama dan kaum tertentu di khalayak ramai dikhuatiri akan menjadi ikutan individu lain,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru di sini, hari ini.

Ahmad Yakqub turut memohon siasatan penuh terhadap kegiatan kelab komedi terbabit termasuk daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyekat aktiviti yang boleh mengancam keharmonian masyarakat seumpama itu sehingga ke akar umbi.

Antara pertubuhan yang tampil membuat laporan itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Barat Daya, Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang dan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat