RCI Tanda Komitmen Kerajaan Pastikan TH Di Landasan Tepat – Dr Zulkifli

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan institusi umat Islam itu berada di landasan yang tepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, keputusan itu juga bagi menjaga integriti TH.

“Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada hari ini, 14 Julai 2021 telah bersetuju supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari tahun 2014 hingga 2020.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada Lembaga Tabung Haji, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini adalah tanda komitmen Kerajaan bagi memastikan segala pengurusan dan pentadbiran Lembaga Tabung Haji berada di landasan yang tepat, berintegriti dan sudah pasti mendapat redha Allah SWT,” ujarnya, dipetik dari Facebook beliau, hari ini.

Dr Zulkifli turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang berkongsi buah fikiran mengenai isu TH.

“Terima kasih atas cadangan dan buah fikiran sahabat-sahabat kami daripada pihak Kerajaan mahupun pembangkang.

“Semua usul akan diteliti sebaiknya. Sesungguhnya institusi kebanggaan umat Islam di Malaysia ini adalah hak bersama dan kita akan pastikan ia akan terus terpelihara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat