Sumber MoF Nafi Kecualikan RCI TH Dari Siasat Pemindahaan Aset Tahun 2018-2019

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sumber Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menafikan skop siasatan Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengecualikan siasatan ke atas Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang dibuat oleh Pakatan Harapan pada 2018.

Menurut sumber terbabit, RCI yang bakal ditubuhkan bebas menyiasat semua urusan-urusan yang dibuat dalam Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH dari tahun 2018-2020 termasuk penubuhan dan pemindahan aset Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

“Kita mengecualikan pelan pemulihan model baharu (kerajaan sekarang) kerana ia belum diaudit dan dan belum ada laporan kewangan yang dibuat.”

Kementerian Kewangan dijangka mengeluar kenyataan rasmi esok berikutan banyak kritikan bahawa RCI tersebut cuba menutup kontroversi penubuhan SPV yang mengambil alih aset-aset TH ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

Petang tadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH).

Bagaimanapun skop pertama yang berbunyi “Skop RCI tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari tahun 2014 hingga tahun 2020 tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini”,  telah menimbulkan kekeliruan dan salah tanggap seolah-olah isu peralihan aset Tabung Haji tidak akan disiasat. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat