GKP: RM500 Juta Telah Disalurkan Kepada 1 Juta PKS Mikro

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sebanyak RM500 juta telah disalurkan kepada penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara one-off kepada PKS Mikro yang layak.

Kementerian Kewangan melalui kenyataannya berkata, ianya adalah bagi membantu PKS Mikro dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

“Di bawah GKP 3.0 (PEMERKASA+), Kerajaan telah menyalurkan RM1 billion atau RM1,000 bagi setiap PKS mikro dan terkini, akan menyalurkan RM500 juta atau RM500 bagi setiap PKS mikro bermula 12 Julai 2021 (Isnin) secara berperingkat. ⠀

“Bagi GKP 4.0 di bawah Pakej PEMULIH, penyaluran akan mula dibuat pada September dan November 2021 kepada penerima sedia ada dan baharu. Permohonan baharu akan dibuka bermula 15-31 Julai 2021.” kata kenyataan tersebut.

Secara keseluruhan, peruntukan bagi GKP yang telah dan akan disalurkan adalah berjumlah RM6.08 bilion dan dijangka akan memanfaatkan hampir 900,000 PKS mikro.⠀

“Selain itu, terdapat juga bantuan-bantuan lain untuk membantu PKS dan PKS mikro memulih semula perniagaan seperti dana pinjaman mudah yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional, Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN dan Bank Negara Malaysia. ⠀

“Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan perniagaan, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ “, ujar kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat