Bantu anak seni kesempitan

- Advertisement -

BIARPUN kini negara masih bergelut dengan penularan Covid-19, namun selebriti tetap aktif dengan kempen kemasyarakatan dilakukan masing-masing.

Menyedari ramai orang terjejas pendapatan terutama pada kalangan penggiat seni sendiri, pelakon Tash Yong berasa terpanggil untuk terbabit sama dalam program Apa Khabar Anak Seni.

Kata Tash atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazlia Rosli, anak seni sama seperti orang lain iaitu rakyat biasa yang ada impian, kelebihan dan kelemahan. Cuma cara mencari rezeki itu agak berbeza.

“Kami banyak membuat kerja hiburan untuk menyalurkan kegembiraan kepada masyarakat. Kerja tak kira masa, termasuk sanggup korbankan kebahagiaan diri untuk komitmen pada karier.

“Bagaimanapun, tidak semua antara kami sebagai anak seni ini kehidupannya mewah dan senang. Masing-masing ada ujian dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi.

“Namun, penularan pandemik ini cukup memberi cabaran besar buat kami. Terutama, apabila aktiviti seni seperti penggambaran drama serta persembahan nyanyian di kawasan terbuka juga tidak dibenarkan. Tujuaannya, untuk elak daripada berkumpul.

“Jadi, urusan kerja kami memang tergendala. Apatah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana. Justeru, lama-kelamaan pendapatan terjejas kerana anak seni ini, bila kerja adalah gaji kami,” katanya.

Bagi Tash, apa yang pasti menerusi pasukan kerjanya dia akan berusaha menghulur bantuan kepada anak seni memerlukan. Katanya, sekarang adalah masa untuk kita jaga kita.

“Insya-Allah, saya tekad cuba membantu mana yang mampu. Dalam keadaan sekarang, ramai orang hidup susah dan mengalami kesempitan kewangan. Terutama, mereka bekerja di belakang tabir sebagai pekerja industri.

“Sejujurnya saya pun tidak menduga yang negara kita akan diuji dengan penularan wabak berbahaya ini seteruk sekarang. Kes meningkat saja setiap hari dan belum berpenghujung,” katanya.

Mengharapkan semua warga Malaysia terus kuat dan tabah, Tash yang baharu berhijab sekitar September tahun lalu mengakui jiwanya kini sangat tenang. Katanya, kehidupan juga gembira.

“Apa yang saya harap sekarang, semoga sentiasa istiqamah dalam penghijrahan diri ke arah lebih baik. Impian dan harapan saya semoga mendapat keredaan di dunia dan akhirat.

“Saya mahu memperbaiki diri ke arah kebaikan demi pengakhiran hidup sendiri suatu hari nanti. Saya pun tak tahu sehingga bila Allah pinjamkan nyawa ini. Jadi, saya kena usaha,” katanya.

Tash yang masih hidup solo berkata, soal jodoh pula baginya rezeki. Katanya, jika ada rezeki dia dipertemukan dengan teman sejiwa, masa itu akan tiba juga dan Allah maha mengetahui.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat