‘YB Pondan’ Rafizi Imbau Kenangan Diusik Ahli Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suasana ‘panas’ ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat pada semalam secara tidak langsung mengimbau kenangan kepada bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, keadaan tegang di Dewan Rakyat membuatnya terkenang kepada gelagat Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa suatu masa lalu.

“Perangai orang-orang tua di Parlimen susah diubah. Semasa saya menjadi ahli Parlimen Pandan, biasa juga dikacau wakil rakyat Umno.

“Taktik biasa dibuat Annuar, dia akan buat-buat tersasul YB Pondan, eh Pandan.

“Bila saya tegur umur dia muda sikit dari umur ayah saya, baru terciduk sekejap,” katanya di Twitter, hari ini.

Rafizi menjadi Ahli Parlimen Pandan selepas menang pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun, Rafizi mengambil keputusan untuk tidak bertanding pilihan raya umum ke-14 selepas berdepan kes pembocoran dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC).

Sementara itu, sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada semalam tegang dengan beberapa isu termasuk usul pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azizan Harun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat