PN Kerajaan ‘Pintu Istana’ Bukan ‘Pintu Belakang’

“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap...

Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

PANTAI MANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya...

Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. Bekas...

MT UMNO, Razlan Rafii Dilaporkan Positif Covid-19 Kata Sumber

Kota Kinabalu - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dilaporkan positif Covid19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang. Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar...

Saya Rasa Pinggang Macam Dah Nak Patah Kata Najib

Papar - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akan tetap membantu jentera Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan dengan jadual...

KUALA LUMPUR – Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ketika mencadangkan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, Ahmad menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah setelah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Setiap orang daripada 113 orang (Ahli Parlimen kerajaan) di sini mempunyai mandat rakyat. Ini adalah kerajaan ‘pintu istana’ yang sah, bukan kerajaan ‘pintu belakang’. Hentikanlah tuduhan bahawa kerajaan (PN) ini ‘pintu belakang’ kerana (ia) menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Ahmad berkata pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan yang diperkenan Al-Sultan Abdullah adalah berdasarkan proses penilaian yang mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Malah, rata-rata ahli parlimen kerajaan mendedahkan semula bahawa mereka pada mulanya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.

“Kami semua sign(tandatangan) SD sokong Langkawi (Dr Mahathir) tetiba Langkawi letak jawatan (sebagai perdana menteri) (jadi) kami sokong (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) lah ,” kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika mencelah ucapan Ahmad.

Perkara itu disokong oleh Ahmad dengan berkata: “Kami semua sign SD untuk Tun Mahathir tapi SD itu tidak terpakai bila Langkawi letak jawatan…jadi kami sokong Pagoh (Muhyiddin)”.

Bagaimanapun, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bangun mencelah dan mempersoalkan kerajaan PN bukan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kerajaan pintu belakang ini bukan dipilih masa Pilihan Raya Umum (PRU), itu sahaja. Tak faham?” katanya.

Justeru, Ahmad bangkit dan mencadangkan supaya istilah ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘pengkhianat’ hendaklah dianggap ‘unparliamentary’ atau bercanggah dengan peraturan Parlimen.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

PANTAI MANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya...

Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. Bekas...

Saya Rasa Pinggang Macam Dah Nak Patah Kata Najib

Papar - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akan tetap membantu jentera Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan dengan jadual...