Filem Islamik dakwah “Perjalanan Pembuktian Cinta” yang wajib ditonton

- Advertisement -

Peminat filem Islamik di Malaysia disajikan dengan satu lagi tontonan yang memukau apabila filem “Perjalanan Pembuktian Cinta” akan melangkah masuk ke pawagam-pawagam seluruh negara bermula 20 Jun 2024.

Filem yang diadaptasi daripada novel best seller karya penulis Nusaibah Azzahra ini menampilkan kisah benar seorang penghafiz Al-Quran, Fathia (dilakonkan oleh Dea Annisa), yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia dan sudah beristeri, Raehan (dilakonkan oleh Teuku Ryan).

Setelah pasaran Malaysia dilambakkan dengan filem-filem seram dari Indonesia, “Perjalanan Pembuktian Cinta” membawa kelainan dengan genre Islamik yang memberi banyak keinsafan. Walaupun hidup penuh cabaran, kita diajar untuk mencari keindahan dalam setiap takdir yang ditempuh.

Pengarah Urusan D’Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar, menyatakan bahawa filem ini akan memberikan sesuatu yang unik dan segar dalam genre filem Islamik romantik. Beliau menegaskan bahawa tarikan utama filem ini terletak pada kisah benar yang diangkat, watak-watak yang menyerlah, dan alur cerita yang tersusun indah. 

Sementara itu, pengarah filem, M. Amrul Ummami, menjelaskan bahawa “Perjalanan Pembuktian Cinta” menghadirkan jalan cerita yang unik dan memberikan pemahaman yang mendalam tentang cara mengenali diri. Beliau menekankan bahawa filem ini mengisahkan perjuangan seorang wanita menghadapi cabaran hidup, memberikan inspirasi tentang kekuatan wanita dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Filem ini telah menerima sambutan yang luar biasa di Indonesia, menunjukkan kejayaannya dalam mengusik jiwa semua lapisan masyarakat, Filem ini telah ditayangkan semasa bulan Ramadan lepas. Dengan itu, Datuk Rosmarayu berharap agar penonton Malaysia turut menghayati karya seni bernilai ini dengan baik.

Filem “Perjalanan Pembuktian Cinta”  adalah sebuah film yang mengangkat tema cinta, keteguhan iman, dan keimanan yang mendalam serta sebuah perjalanan emosional yang penuh liku-liku. Film ini berhasil menggabungkan unsur komedi dan drama, serta secara sensitif mengangkat isu poligami, memberikan penonton pandangan mendalam tentang dilema yang dihadapi oleh perempuan dalam situasi serupa.

Penonton diajak untuk menyaksikan bagaimana Fathia mengatasi segala cobaan dengan keteguhan iman dan cinta yang tulus. Akankah ia menemukan kebahagiaan sejati? Bagaimana ia menjalani takdirnya di tengah dilema pernikahan yang rumit ini? Jawaban atas pertanyaan-pertanyaan tersebut dapat ditemukan dalam film yang penuh dengan pesanan moral ini.

“Jika kamu meminati seorang gadis janganlah kamu pikat hati gadis tersebut tetapi  pikatlah pemilik hati tersebut iaitu Allah yang Maha Esa”, Filem dakwah yang mengajar kita setiap perjalanan itu adalah pembuktian yang mana keutamaan cinta kita.

“Perjalanan Pembuktian Cinta” menampilkan barisan pelakon hebat seperti Dea Annisa, Teuku Ryan, Donny Damara, Elma Theana, dan banyak lagi. Sinopsis filem ini menggariskan perjuangan Fathia yang terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya, menjadikan kehidupannya lebih sukar.

Jadi, sambutlah kehadiran filem “Perjalanan Pembuktian Cinta” di pawagam-pawagam Malaysia bermula 20 Jun 2024, dan sertailah Fathia dalam perjalanannya mengatasi rintangan hidup yang mencabar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat