Isu daging korban, Dr Maza jelaskan maksud ‘tidak menzahirkan permusuhan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — ‘Tidak menzahirkan permusuhan’ bermaksud tidak nampak permusuhan secara zahir terhadap umat Islam, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan isu daging korban Aidiladha kepada bukan Islam.

Ketika dihubungi Suara TV, Mufti Perlis itu menjelaskan selagi golongan bukan Islam tidak memusuhi Islam dalam bentuk lisan atau perbuatan, maka adalah menjadi kewajaran untuk kita berbuat baik sesama manusia.

Tambahnya, fatwa korban yang diputuskan oleh negeri Perlis merupakan fatwa yang digunakan hampir di seluruh dunia Islam di peringkat antarabangsa termasuk Arab Saudi, Mesir dan lain lain.

“Adapun yang terpendam dalam jiwa mereka (bukan Islam), itu bukanlah menjadi urusan kita selagi tidak ditunjukkan secara kenyataan atau tindakan.

“Kita hanya dituntut bertindak apa yang terbukti sahaja. Apa yang belum terbukti tidak boleh kita bertindak.

“Ini selaras dengan firman ALLAH dalam Surah al-Mumtahanah ayat 7, Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

“Dan ALLAH menyatakan dalam ayat 8, Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim,” jelasnya .

Terdahulu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza telah memberi respon positif terhadap permohonan maaf yang dibuat oleh Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail hari ini berhubung kesilapan tajuk artikel berkenaan daging korban Aidiladha yang boleh diberikan kepada golongan bukan Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat