35 buah syarikat, rakan industri PUO tawar peluang pekerjaan di Career Fest @ PUO 2024

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

IPOH – Lebih 600 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 35 buah syarikat dalam pelbagai sektor terutamanya kejuruteraan, teknologi maklumat dan perdagangan di sepanjang program Career Fest @ Politeknik Ungku Omar (PUO) 2024 di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PUO pada Rabu, memaklumkan program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang itu, dikunjungi oleh lebih 1,000 orang terdiri daripada pelajar, alumni dan belia di sekitar bandaraya Ipoh.

Menurutnya, pencari kerja berpeluang mengenali syarikat dan bakal majikan di samping menjalani sesi temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di industri dalam negara.

PUO turut mendapat kerjasama dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar PUO dan pencari kerja menerusi program ini.

Katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut membuka reruai berkongsi informasi tentang kerjaya di dalam jabatan itu.

Manakala, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pula menawarkan maklumat peluang bagi pelajar untuk melanjutkan pelajaran setelah tamat pengajian mereka.

“Program memberi manfaat yang besar kepada para pelajar dan pencari kerja yang akhirnya diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui peningkatan kebolehpasaran dan pembinaan modal insan yang berkualiti,” katanya lagi.

Ujarnya, pihak industri berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi untuk ditawarkan pekerjaan melalui program ini dan seterusnya mengukuhkan jaringan kerjasama positif antara rakan industri dan PUO.

Antara rakan industri, Aeon Co. (M) Berhad, AFY Haniff Group (M) Sdn. Bhd , Amanah Berjasa Geomatique (ABGEO), Asia Global Field Sdn. Bhd, Astro Sdn. Bhd, Azam Gemilang Group, Bromma (M) Sdn. Bhd, DK Motor Sdn. Bhd, Didi Motors Sdn. Bhd, Ernst & Young (EY), Genting Malaysia Berhad, Home Product Center (M) Sdn. Bhd dan Hovid Berhad.

Selain itu, Imperia Asia International Sdn. Bhd, Kaliber Group, Kamaya Electric (M) Sdn.Bhd, Maxis Broadband Sdn. Bhd, Manjoy Gadget, Murata Electronics (M) Sdn.Bhd, PMG Venture Capital Sdn Bhd, Puspakom Sdn. Bhd, Otis Elevator Company (M) Sdn. Bhd, QL Maxincome Sdn. Bhd (Family Mart), Salutica Allied Solutions Sdn. Bhd, Speed Line Logistic (M) Sdn. Bhd, SNS Network (M) Sdn. Bhd, Suffy Dairy Group Sdn. Bhd, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd, TRC Synergy Berhad, Twenty-One Grilled (M) Sdn.Bhd, UEM Edgenta Berhad, Unisem (M) Bhd, Wei Dat Steel Wire Sdn. Bhd, Yamaha Electronics, Manufacturing (M) Sdn. Bhd dan YTL Construction.

Turut hadir, Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah. – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat