Azmin serah notis bertulis kekosongan luar jangka ADUN Selat Klang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerahkan notis bertulis kekosongan luar jangka kerusi ADUN Selat Klang kepada Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San.

Menurutnya, penyerahan notis berkenaan dibuat menurut Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ketika mengadakan pertemuan dengan Lau di Wisma Dewan Negeri Selangor, di Shah Alam.

“Dalam hal ini, saya memaklumkan kepada Speaker Dewan bahawa status Datuk Abdul Rashid Asari yang tidak lagi menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadikan beliau terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang dan kerusi Selat Klang hendaklah dikosongkan.

“Speaker Dewan juga dimaklumkan bahawa satu notis pemakluman disampaikan kepada Datuk Abdul Rashid Asari pada 12 Jun yang memaklumkan keahlian beliau dalam Bersatu terhenti serta merta seperti termaktub di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu kerana ketidakpatuhan Datuk Abdul Rashid Asari kepada arahan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu yang dikeluarkan pada 17 Mel 2024,” katanya lapor BH pada Jumaat.

Beliau mengadakan dalam sidang media selepas pertemuan kira-kira 30 minit itu yang turut disertai Adun Sungai Ramai, Shafie Ngah.

Azmin berkata, dalam perbincangan itu, beliau menarik perhatian Speaker Dewan mengenai Perkara LXVA (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyebut.

“Apabila Speaker Dewan menerima notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Negeri mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Negeri di bawah Perkara ini.

“Speaker Dewan hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.

“Tertakluk kepada peruntukan Perkara LXVA (1)(a) (ii) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, seseorang ahli Dewan Negeri hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Negeri itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Speaker Dewan di bawah Fasal (3) jika ahli Dewan Negeri yang berkenaan tidak lagi menjadi anggota parti politik itu,” katanya.

Beliau juga memaklumkan Speaker Dewan mengenal Akta Pertubuhan 1966 yang menegaskan bahawa keputusan sesuatu parti politik tentang pentafsiran perlembagaan, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturannya atau tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal ehwal parti itu adalah muktamad dan konklusif.

“Saya memohon Speaker Dewan untuk membuat pemastian bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka untuk kerusi Selat Klang dan seterusnya, menurut Perkara LXVA (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Speaker Dewan hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan notis bertulis yang saya serahkan secara tangan kepada Speaker Dewan pada hari ini supaya proses pilihan raya dapat diatur bagi mengisi kekosongan kerusi Selat Klang.

“Saya mendesak supaya Speaker Dewan berpegang kepada dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan; Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang negara dalam menjalankan tugas dan fungsi beliau di bawah Perkara LXVA (3) Undang- Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,” katanya.

Selain itu beliau juga mengingatkan Speaker Dewan perlu mematuhi dan menunaikan sumpah jawatan beliau untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Selangor (Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat