Dapat RM100 masa PRU, jangan lupa harga barang naik – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sogokan sewaktu pilihan raya tidak sepatutnya membuatkan pengundi lupa tentang kenaikan harga barangan keperluan yang menekan mutakhir ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu secara sinis mengingatkan pengundi supaya tidak “kelabu mata” dengan hanya sogokan RM100 ketika parti politik cuba meraih undi nanti.

“Hari ni memang la mengamuk sakan harga barang mendera.

“Nanti bila nak mengundi, dapat RM100 daripada parti perasuah, jangan pula kata “biarlah harga barang menyeksa kita pun”, tempelak Mohamad pada Selasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye mempersoalkan adakah individu yakni menteri yang berada dalam Kabinet memahami ekonomi?

Menurut bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu, jaminan bekalan makanan bergantung kepada pengeluaran bukannya harga.

Kata Boon Chye, apabila pengeluaran dan bekalan meningkat, harga akan stabil.

“Peranan kerajaan ialah untuk menetapkan dasar bagi meningkatkan pengeluaran dan pengedaran makanan,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat