Polis Buru Lelaki Cuba Larikan Pelajar Sekolah Di Penampang

- Advertisement -

PENAMPANG – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki didakwa terbabit insiden mengganggu dan cuba melarikan seorang pelajar sekolah menengah, sebagaimana tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 8(1)(E) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

“Polis sedang giat menjalankan operasi bagi mengesan suspek dan semua elemen di lapangan bagi memaksimumkan tahap keselamatan.

“Selain itu, pihak polis juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi dan berita tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Haris berkata, ia bertujuan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan, selain dibimbangi boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melalui talian 088-723961. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat