Lukisan Parlimen beruk elok pamer di Muzium Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berhasrat membeli lukisan Parlimen beruk yang dimiliki Sultan Selangor sekiranya ia dilelong kelaka.

ADUN Rengit itu berkata, beliau akan menghadiahkan lukisan itu kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam.

“Saya sedia membeli “lukisan Parlimen beruk dan katak” jika Sultan Selangor satu hari nanti, mahu melelongnya.

“Jika lukisan itu milik saya, ia tidak akan dijual lagi. Saya akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” kata Puad.

Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli karya lukisan yang memaparkan monyet, beruk, Orang Utan dan katak sedang bersidang di Parlimen.

Sebaik sahaja melihat karya kreatif berkenaan, baginda berkenan untuk memilikinya.

“Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat