Keharmonian beragama harus dikekalkan dalam Keluarga Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, apa yang paling penting adalah menghormati antara satu sama lain yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi kepada masyarakat Sikh yang menyambutnya hari ini. Saya percaya Tahun Baharu yang disambut ini atas dasar Keluarga Malaysia yang mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini.

“Semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa. Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran,” katanya di Facebook pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat