Anwar kena tunggu umur 86 tahun baru dapat jadi PM?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mengikut ramalan perkiraan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Pakatan Harapan (PH) perlukan dua kali Pilihan Raya Umum (PRU) lagi untuk kembali semula ke Putrajaya dan membawa maksud Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menginjak usia 86 tahun ketika menjadi Perdana Menteri.

Tokoh wartawan nasional, Datuk A Kadir Jasin menganggap kenyataan bekas Naib Presiden PKR itu sekadar lepas geram. Beliau malah lebih positif terhadap harapan PH untuk kembali memerintah.

Beliau malah mempersoalkan apakah maksud tersurat dan tersirat Ahli Parlimen Permatang Pauh ini membuat ramalan yang begitu negatif mengenai masa depan PH?

Sedangkan beliau yang bukan ahli mana-mana parti politik pun lebih positif terhadap harapan PH kembali memerintah dan masih komited kepada idealisme PH yang membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2018.

“Apa yang lebih mengejutkan saya, Nurul Izzah membuat ramalan itu hampir serentak dengan kemenangan tanpa bertanding bapanya, Anwar Ibrahim, sebagai Presiden PKR buat satu penggal lagi.

“Maksud yang tersirat ialah harapan Anwar menjadi Perdana Menteri melalui kemenangan PH adalah tipis. Natijahnya, dia hanya boleh bercita-cita memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri melalui kerajaan campuran dengan parti-parti di luar PH.

“Kalau tunggu dua penggal lagi, Anwar akan berusia 86 tahun. Kalau dia masih hendak jadi Perdana Menteri juga dan umum boleh menerimanya, umur 86 tahun masih “muda” berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pusingan kedua pada usia 93 tahun,” ulas A Kadir di Facebooknya pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Nurul Izzah yang dilaporkan Sinar Harian yang mengatakan PH berdepan laluan sukar dan mungkin akan kehilangan banyak kerusia Parlimen dan DUN dalam PRU-15 nanti.

Antara sebab yang dinyatakan ialah Nurul Izzah percaya PH tidak akan menang PRU-15 dan kembali berkuaa ialah kerana dasar dan kegagalan gabungan parti itu menunaikan manifesto PRU-14 setelah 22 bulan menjadi kerajaan.

A. Kadir sebaliknya berkata beliau lebih yakin terhadap kemampuan PH daripada apa yang disuarakan oleh Nurul Izzah dengan syarat parti-parti dalam gabungan itu berani melakukan perubahan kepemimpinan dengan memberi peluang kepada pemimpin muda seperti yang dilakukan oleh DAP baru-baru ini.

“Saya melihat watak-watak seperti Nurul Izzah, (Datuk Seri) Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan banyak lagi sebagai mampu memulihkan sokongan kepada PKR khususnya dan PH amnya.

“Saya harap ramalan gelap Nurul Izzah itu tidak lebih daripada menyatakan kehampaan dan meluah apa yang terbuka di hati. Saya rasa saya mengerti sentimen Nurul Izzah berkenaan pengkhianat terhadap PH kerana saya tahu peranannya di sebalik tabir menjayakan gagasan pembangkang pada saat-saat genting menjelang PRU ke-14 lalu,” tegas beliau.

Bahkan kata A Kadir lagi adalah amat malang bagi Malaysia dan kita semua jika ramalan suram Nurul Izzah itu bermakna kleptokrasi serta hegemoni UMNO kembali bermaharajalela.

“Seandainya itu terjadi, jangan terkejut jika Malaysia menyusuri jalan beranjau yang kini sedang dilalui Sri Lanka,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat