Setiap penerbit ada pelakon kegemaran

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit drama, Jaja Ishak mengakui setiap penerbit ada memiliki senarai pelakon kegemaran mereka untuk membintangi sesuatu drama yang mahu diterbitkan.

Jaja berkata, pelakon yang berdisiplin atau mempunyai rekod bersih di lokasi penggambaran mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran pada masa akan datang.

“Sudah tentulah setiap penerbit ada pelakon kegemaran mereka. Kalau ada pelakon ‘sendu’ (bermasalah) dan berlagak pastilah setiap penerbit ada pelakon kegemaran mereka.

“Sejujurnya saya ada pelakon kegemaran saya sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan masalah dan sikap sesetengah pelakon itu,” katanya.

Terdahulu, timbul rungutan dalam kalangan artis yang mendakwa terdapat penerbit yang mempunyai pelakon kegemaran sehingga menyukarkan mereka untuk mendapat tawaran berlakon.

Dalam pada itu, Jaja turut menjawab persoalan mengenai adakah industri seni kekurangan pelakon susulan terdapat syarikat produksi yang kerap melakukan sesi uji bakat untuk memilih pelakon.

“Bukan pelakon tak cukup tetapi apabila sesi penggambaran berjalan serentak sekarang ini, jadi ramai pelakon tidak dapat memberikan komitmen untuk tawaran lain.

“Saya ambil contoh mudah di mana permintaan lebih banyak daripada pengeluaran. Jadi, apabila adanya sesi uji bakat ini kita dapat mencari pelapis baru sebab sampai bila nak harapkan hero atau heroin yang ada sekarang kerana perubahan itu akan sentiasa berlaku.

“Pada saya uji bakat yang dijalankan syarikat produksi adalah satu inisiatif yang baik dan perlu dilakukan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat