Tujuh Daerah Di Kelantan Dikenakan PKP Mulai 16 Hingga 29 April

KUALA LUMPUR – Tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 hingga 29 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di Kelantan dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes, dan kesemua tujuh jajahan/daerah itu berada dalam Zon Merah.

“Selain itu, terdapat juga sembilan kluster baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan PKP ini bertujuan memastikan pergerakan penduduk di lokaliti berkenaan dapat dikawal bagi mengelakpenularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain.

“Sekatan jalan raya akan diadakan di semua sempadan daerah dan sempadan negeri. Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh kementerian/agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pelaksanaan PKP daerah-daerah ini akan mengikut SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikemas kini pada 26 Feb 2021,” katanya.

Ismail Sabri berkata Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud di Sabah dan tiga lokaliti di Muadzam Shah, Pahang iaitu Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi pula dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) mulai esok hingga 28 April ini.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan memudahkan Kementerian Kesihatan membuat pengesanan awal kes disyaki COVID-19 serta kontak rapat supaya dapat diasingkan secepat mungkin selain menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar dari lokaliti itu,” katanya.

Menurutnya PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang akan ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan pada 20 April.

Sementara itu Ismail Sabri berkata 42 individu ditahan kerana ingkar SOP PKPB dan PKPP semalam, dengan 35 dikenakan kompaun, dan tujuh direman.

Bagi kawalan sempadan negara pula, menurutnya lima pendatang tanpa izin ditangkap dan lima kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng semalam. – Bernama

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...