Pemilik Kapal Kontena MV Ever Given Diarah Bayar Ganti Rugi RM3.715 Bilion

- Advertisement -

KAHERAH – Mahkamah di Mesir memerintahkan kapal kontena Ever Given yang baru-baru ini menyekat Terusan Suez selama seminggu, untuk ditahan.

Ia sehingga kapal itu membayar AS$900 juta (RM3.715 bilion) kepada Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) sebagai bayaran ganti rugi, menurut Sputnik yang memetik laporan akhbar Shorouk News.

Penahanan sementara itu dipohon oleh SCA dalam saman difailkan di sebuah mahkamah ekonomi negara itu.

Pihak berkuasa berkenaan meminta supaya kapal itu supaya tidak dibenarkan untuk belayar selagi tidak melunaskan semua bayaran untuk penyelenggaraan dan kerja untuk membolehkan ia diapungkan semula, ganti rugi untuk kehilangan trafik.

Ia perlu dibayar dalam tempoh 60 hari sejak Ever Given menyebabkan gangguan trafik di terusan berkenaan.

Kapal dengan bendera Panama itu kini diletakkan di bawah penyeliaan mahkamah, selari dengan Artikel 6 undang-undang Mesit untuk perdagangan maritim, sehingga pengendalinya memenuhi tuntutan SCA itu.

Pada insiden berkenaan, pergerakan trafik di Terusan Suez terhalang pada 23 Mac selepas ia melintang di tengah-tengah terusan berkenaan.

Hanya pada 29 Mac, kapal itu dapat diapungkan semula.

Susulan kejadian, semua 422 kapal yang sebelum ini tersadai akibat insiden itu kemudian dapat melalui terusan pada 3 April.

SCA mendakwa kesan kerosakan pada terusan itu berjumlah AS$1 bilion (kira-kira RM4.12 bilion). – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat