1,889 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian dalam negara terus catat peningkatan dengan 1,889 lagi individu disahkan positif COVID-19 pada Rabu.

Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 365,829 setakat hari ini.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lalu, negeri Selangor memegang rekod kes tertinggi dengan pertambahan 517 kes, diikuti Sarawak (489 kes), Kelantan (226 kes) dan Kuala Lumpur (134 kes).

Pertambahan jangkitan baharu ini menjadikan jumlah kes aktif kini meningkat kepada 16,696 dengan 204 kes berada di dalam unit rawatan rapi dan 79 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia dalam masa sama mencatatkan kes sembuh baharu dengan 1,485 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih seramai 347,780.

Dalam perkembangan berkaitan, lapan lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah korban akibat COVID-19 dalam negara kini mencatat 1,353. – Awani

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Khamis Ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri...