Fasa 2 Berakhir Hari Ini, Fasa 3 Mula Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Fasa kedua PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang bermula 1 April lepas, berakhir hari ini, diikuti dengan fasa ketiga yang bermula esok.

Tujuan PKP masih sama iaitu untuk memutuskan rantaian jangkitan virus COVID19 di negara.

Ketika mengumumkan sambungan tempoh PKP Jumaat lepas, Perdana Menteri meminta rakyat untuk bersama-sama melawan virus ini kerana penyebaran COVID-19 belum lagi berakhir.

Perdana Menteri berkata, jika rakyat berjaya dalam usaha ini, dengan izin Allah SWT, penyakit ini akan dapat dikawal.

Sementara itu, sepanjang tempoh PKP fasa 3 ini, beberapa sektor ekonomi akan dibuka semula secara berperingkat  mengikut garis panduan yang ditetapkan mengikut penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

Menurut Kementerian industri & Perdagangan Antarabangsa (MITI), permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP akan mengambil masa selama 5 hari untuk diproses. Jika berjaya, surat kelulusan akan dikeluarkan melalui sistem CIMS di laman web MITI (https://application.miti.gov.my) – Bernama

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat