Video: Lelaki Mengamuk, Kereta Kena Potong

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh...

PKP Di Kelantan dan Tiga Daerah Di Sarawak Bermula Sabtu

KUALA LUMPUR - Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Jan, manakala di Sarawak PKP dilaksana di daerah Sibu,...

Hospital Swasta Setuju Kerjasama Dengan KMM Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan pemegang lesen hospital swasta secara dasarnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KMM) untuk merawat pesakit...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

3,211 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan sebanyak 3,211 kes jangkitan COVID-19 baharu dengan lapan kematian pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

Berang kereta yang dipandunya dipotong, seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan melanggar dan menghimpit kenderaan Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit.

Malah, suspek berusia 45 tahun dikatakan turut memukul mangsa yang juga pemandu Perodua Kancil berusia 35 tahun, menggunakan besi dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, di sini, jam 4.46 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, hasil siasatan mendapati, suspek yang memandu kereta jenis ToyotaHarrier itu, disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya.

“Mangsa mengakui memotong kenderaan terbabit disebabkan suspek memandu sangat perlahan serta dalam keadaan ke kiri dan ke kanan.

“Sebaik sahaja mangsa memotong, suspek terus mengekori dan menghimpit sehingga kenderaan mangsa terbabas. Suspek kemudian meluru dan memukul mangsa menggunakan besi sehingga menyebabkan kecederaan.

“Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka sepanjang 3 sentimeter (cm) di kepala dan bengkak serta calar di lengan. Mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 20 saat tular di Facebook hari ini, menunjukkan seorang lelaki berbaju putih yang tidak berpuas hati memukul pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan besi dipercayai selepas berlaku kemalangan.

Mengulas lanjut, Mohamad Roy berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

“Selain itu, semakan mendapati kenderaan dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang pemilik wanita di Bangi. Pemilik kenderaan sudah dihubungi dan menjelaskan bahawa kenderaan ini diberikan sambung bayar kepada sebuah syarikat kereta di Kelantan.

“Pihak kami masih mengesan suspek dan tindakan lanjut akan diambil atas kesalahan yang dilakukannya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 dan 279 Kanun Keseksaan,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh?

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri...

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Berita Berkaitan

Gesa Presiden UMNO Undur, Helmi Sedia Berdepan Tindakan

KUALA LUMPUR – Sejurus lantang menasihatkan Presiden UMNO berundur secara terhormat, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Helmi Buang mempertahankan pendiriannya meskipun berdepan tindakan parti. Jelasnya,...

Isu PhD: Ahmad Akui Kekhilafan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta maaf sekiranya kenyataannya berhubung PhD membuatkan ada pihak yang terkilan. Ahli Parlimen Pontian...

Pinda Akta Tabung Haji : Pemuda UMNO tuntut jaminan Menteri Agama

KUALA LUMPUR- Pemuda UMNO Malaysia memandang serius semakan semula kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji (TH) 1995 (Akta 535). Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki...