Kawasan Masjid India Diisytihar PKPD Kelima

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kawasan Masjid India dan sekitarnya diisytihar sebagai kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kelima, berkuatkuasa hari ini.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Ini termasuk Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar kawasan Masjid India.

“Pelaksanaannya sehingga 28 April dan prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPD kelima ini adalah sama seperti PKPD yang sebelumnya,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.

Tambahnya, PKPD kedua di Kampung Datuk Ibrahim Majid serta Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang Johor akan dilanjutkan ke 28 April kerana berlakunya pertambahan kes positif di kalangan penduduk tersebut.

“Begitu juga bagi PKPD ketiga di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah dan PKPD keempat di Selangor Mansion dan Malayan Mansion, PKPD akan dilanjutkan ke tarikh yang sama atas pertambahan kes positif,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat