202 Pulih, 170 Jangkitan Baru Covid-19 dan 5 Kematian Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seramai 5 kematian baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 82 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 170 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 134 semalam menjadikan jumlah komulatif positif 4,987.

Dalam pada itu, sebanyak 202 kes sembuh baru hari ini, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 2,478 orang sehingga kini.

Sementara itu jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 60.

“Daripada jumlah itu 33 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 2,427 yang masih dirawat.

Noor Hisham berkata, kes kematian melibatkan 4 lelaki dewasa dan seorang wanita termasuk seorang tanpa identiti diri yang dipercayai bukan warganegara.

Mangsa ditemui mati di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 April lalu dan hasil ujian sampel yang diambil dari bedah siasat mendapati mangsa positif Covid-19 pada 11 April lalu.

Sementara itu, mangsa yang lain mempunyai rekod latar belakang penyakit kronik dan kontak rapat dengan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Beliau memberitahu sebanyak 573 sampel diambil daripada penduduk di kawasan Masjid India yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jelasnya, keputusan ujian sampel akan diketahui dalam tempoh 24 jam.

Noor Hisham juga menasihatkan pereka fesyen, NGO dan orang awam yang ingin menyediakan pakaian pelindung diri (PPE) kepada petugas kesihatan supaya menghubungi KKM terlebih dahulu.

Hal ini menurutnya, dengan menghubungi pihak kementerian, mereka akan dibimbing untuk menyediakan kelengkapan PPE berdasarkan kriteria dan prosedur yang ditetapkan KKM.

Beliau berkata bekalan PPE bagi petugas kesihatan mampu bertahan lebih daripada 2 minggu.

Bagaimanapun, kementerian mengalu-alukan sumbangan tersebut daripada pelbagai pihak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat