Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (14 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 786 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 546,553 kenderaan

2. Sebanyak 49,394 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 6,702 premis telah diperiksa

3. 1,374 individu ditahan kerana ingkar PKP, 931 dikenakan kompaun RM1,000, 418 direman dan 25 dijamin polis.

4. 427 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 13 April 2020 adalah sebanyak 9,090 individu

6. Jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sebanyak 4,036

7. #PKP Fasa 3 – PDRM tidak lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan ingkar PKP sebaliknya individu tersebut akan terus ditahan & dituduh di mahkamah

8. #FakeNews – PDRM dan SKMM telah membuka sebanyak 217 kertas siasatan penyebaran berita palsu COVID-19

9. #FakeNews – Tindakan masih boleh diambil walaupun berita palsu yang disebarkan telah dipadam

10. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Semua Zon Merah di seluruh negara telah selesai disanitasi

– Semalam, sebanyak 174 operasi sanitasi meliputi 70 zon di 12 negeri, termasuk 37 di Johor dan 21 kawasan di Terengganu

– 141 bangunan kerajaan, 63 tempat awam, 61 pusat perniagaan dan 15 pasar raya telah disanitasi.

– Sebanyak 9 kawasan gunasama skim strata kos rendah & sederhana rendah zon merah di Selangor selesai disanitasi menjadikan jumlah keseluruhan 35 kawasan

11. Setakat 13 April 2020, sebanyak 176 Pusat Kuarantin telah beroperasi & 13,528 individu sedang menjalani kuarantin wajib

12. 593 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan dikuarantin wajib.

13. Barangan Keperluan Asas

– KPDNHEP sentiasa memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa

– Antara barangan yg dipantau termasuk Barang Makan Kering, Barang Segar serta Barang Kebersihan & Kesihatan seperti hand sanitiser dan topeng muka

– KPDNHEP telah membuat pemantaun harian di 1,133 premis peniagaan termasuk peruncit (844), pemborong (260) & pengilang (29)

– Kerajaan akan menguatkuasakan Skim Harga Maksimum PKP bermula 15 April 2020 sehingga 28 April 2020 untuk memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal

– Perincian mekanisme Skim Harga Maksimum PKP akan diumumkan oleh KPDNHEP

14. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

– PKPD Batu 21-23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat tamat mlm tadi, kecuali bg Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah & sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar di mana pelaksanaan PKPD dilanjutkan sehingga 28 April 2020

– PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid & Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, dilanjutkan sehingga 28 April 2020

– PKPD ketiga melibatkan Menara City One serta PKPD keempat di Selangor Mansion & Malayan Mansion turut dilanjutkan sehingga 28 April 2020

– PKPD Kelima akan dilaksanakan di Masjid India, Kuala Lumpur & kawasan sekitarnya

– PKPD ini berkuatkuasa bermula 14-28 April 2020 melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka & Jalan Ampang di sekitar Masjid India

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat