“Itu fitnah konon saya luluskan kewarganegeraan kepada rakyat China, main sentimen 3R berdepan undang-undang” – Saifuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tampil menyangkal fitnah yang dilempar terkait berita palsu kononnya beliau memberi kelulusan kewarganegaraan kepada rakyat China.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, sepanjang tahun lepas, beliau telah banyak memberikan penjelasan tentang isu kewarganegaraan ini, namun masih ada lagi pihak yang membuat fitnah dengan permainan sentimen yang berbaur 3R.

“Kenyataan ini adalah fitnah. Kelulusan kewarganegaraan adalah tertakluk peruntukan oleh Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub sejak sekian lama dan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar fitnah tersebut.

“Perbuatan yang tidak bertanggujawab ini sangat bahaya, ianya mampu mengganggu gugat keselamatan dan keamanan rakyat di dalam negara.

“Saya menggesa agar rakyat dan netizen mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul dan tepat, sahkan dahulu sebelum ianya dikongsi,” tegas Saifuddin.

Dalam hantaran fitnah berkenaan, Saifuddin didakwa berkata “Saya meluluskan kewarganegaraan pendatang China, itu hak saya, rakyat tidak boleh pertikaikan. Saya yang berkuasa bukan rakyat”.

Justeru Saifuddin mengingatkan pihak tidak bertanggungjawab mencipta kandungan palsu ini tidak akan terlepas daripda tindakan undang-undang.

“Saya ingatkan juga bahawa menularkan fitnah dan berita palsu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Pada 13 Mac 2024, Menteri Dalam Negeri itu pernah menafikan dakwaan terdapat 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia dalam tempoh ditetapkan.

Saifuddin berkata dakwaan sedemikian adalah jauh tersasar dan tidak boleh dipertahankan berdasarkan fakta dan angka yang dibentangkan beliau di Dewan Rakyat.

“Kenyataan bahawa 1.2 juta orang China masuk (Malaysia tapi) tak keluar, cukuplah.

“Itu dakwaan yang tersasar sama sekali, tak boleh dipertahankan berdasarkan fakta dan angka yang saya bentangkan tadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga tempoh 31 Disember 2023, ketibaan warga asing di negara ini hampir 46 juta, kemudian yang pulang ke negara asal lebih kurang 39 juta.

Beliau berkata warga asing yang masih berada di negara ini adalah pemegang pas jangka panjang yang tempohnya boleh jadi tiga atau lima tahun.

“Ada juga warga asing yang masuk kemudian terlebih tinggal tetapi kita buka Program Rekalibrasi, mereka daftar. Jumlahnya lebih kurang satu juta.

“Pas jangka panjang lebih kurang 2.6 juta. Warga asing yang berdaftar rekalibrasi, terlebih tinggal tetapi mereka daftar dengan kita, mereka munculkan diri. Daftar. Rekod imigresen pegang,” katanya.

Saifuddin menjelaskan warga asing yang ada di negara ini melibatkan pelbagai jenis pas termasuk Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Sosial Suami Isteri kepada Warganegara, Pas Diplomat, Pas Pelajar, Pas Residen, Pas Penggajian dan pelbagai lagi jenis pas.

“Selama mereka memegang pas ini ada tempoh mereka dibenarkan tinggal, jadi ada rekod mereka tak keluar,” katanya.

Media melaporkan pada 2022, lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

KDN ketika itu memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Bagaimanapun, jumlah warga China keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat