Elak “trojan horse”, PKR tangguh permohonan masuk ahli baru – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PKR memilih untuk menangguhkan proses permohonan penyertaan ahli baharu bagi mengelakkan kedatangan “trojan horse” atau pihak yang bakal mengundang kemudaratan kepada parti.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau mengambil cakna tentang ada pihak yang memohon untuk menyertai parti tersebut namun setelah diteliti, permohonan itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang berkata bahawa sesiapa yang memohon menyertai PKR perlu disemak dan ditapis terlebih dahulu kerana PKR bukanlah sebuah parti ‘tong sampah’.

“Sebelum ini mana-mana pihak yang ingin masuk memang kita ada mekanisme-mekanisme tertentu termasuk Majlis Pimpinan Pusat yang boleh membincangkan.

“Kita semestinya memang sebuah parti terbuka tapi kita ada mekanisme untuk pastikan tiada “trojan horse” ataupun pihak yang mendatangkan kemudaratan dan ini akan kita elak.

“Cuma untuk saudara Pak Hassan, mungkin boleh bangkitkan dalam majlis pimpinan yang akan datang,” katanya di Cyberjaya pada Khamis lapor Astro Awani.

Rabu lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi gambaran bahawa lebih ramai bekas pemimpin berstatus profil tinggi daripada Perikatan Nasional (PN) akan meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai PKR.

Kata beliau, pihaknya ada menerima permohonan dadripada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyertai PKR.

Sebelum itu bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman turut medakwa bahawa lebih ramai pemimpin dan ahli perintis parti itu akan menyertai PKR.

Selain Faiz, penyertaan terbaharu pemimpin Bersatu ke dalam PKR ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat