Sokongan Kepada PM Akan Terus Dimantapkan – Puteri UMNO Putrajaya

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya berkata, sokongan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan.

Jelas Ketua Puterinya, Jumaitul Laily Zakiah, keputusan itu seiring dengan Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Januari 2022.

Melalui kenyataan medianya, beliau amat kesal dengan insiden segelintir kecil penyokong yang tidak beradab kepada YAB Perdana Menteri semasa ketibaan beliau di Dewan Perhubungan UMNO Negeri di Johor Bahru, pada malam Sabtu sewaktu sedang menunggu keputusan Pilihanraya Negeri Johor.

Hal ini jelas bercanggah dengan budaya yang diterapkan oleh UMNO. Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin.

Tegasnya lagi, keputusan berhubung berhubung pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 tertakluk kepada perbincangan kepimpinan UMNO bersama Ahli Majlis Tertinggi.

“Saya mewakili Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan jutaan tahniah kepada Barisan Nasional atas kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang lepas. Semoga semua pemimpin dipilih dapat berkhidmat serta melunaskan mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Walau bagaimanapun, kemenangan kita di Johor sedikit tercalar berikutan insiden segelintir kecil penyokong yang tidak beradab kepada YAB Perdana Menteri semasa ketibaan beliau di Dewan Perhubungan UMNO Negeri di Johor Bahru. Hal ini jelas bercanggah dengan budaya yang diterapkan oleh UMNO. Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin.

“Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab. Keputusan berhubung pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 tertakluk kepada perbincangan kepimpinan UMNO bersama Ahli Majlis Tertinggi. Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Januari 2022 menegaskan bahawa sokongan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan.” tegas Jumaitul.

Disamping itu katanya lagi, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Ogos 2021 menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Zahid dalam kenyataan itu berkata menyokong penuh pelantikan tersebut serta kesediaan mengadakan kerjasama dan permuafakan rentas parti bersama-sama menangani kemelut ekonomi, pandemik Covid-19 dan kesejahteraan rakyat.

“Di peringkat akar umbi yang mewakili sayap Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, kami menghormati peranan dan keputusan parti serta pucuk pimpinan Pusat mahupun Bahagian yang di ketuai oleh Ketua Bahagian, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang juga Bendahari UMNO Malaysia berhubung apa-apa isu yang berkaitan dengan parti.

“UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan. Justeru itu, gunakan saluran yang betul melalui Perhimpunan Agong UMNO 2021 yang akan berlangsung pada 16-19 Mac 2022 untuk menyuarakan pendapat anda. “ ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat