Desak Bubar Parlimen, Puteri UMNO Kecam Tidak Beradab Terhadap PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bintang, Jelebu dan Jempol mengecam tindakan tidak beradab kumpulan kecil penyokong UMNO yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen.

Melalui kenyataan media Ketua Puteri Bukit Bintang Robiah Bt Abd Rani, Ketua Puteri Jelebu Normassitah Binti Md Diah dan Ketua Puteri Jempol Nor Haliza Binti Zainal Abidin Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin.

Tegas mereka, Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab.

“Hal ini jelas bercanggah dengan budaya UMNO. Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin. Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab.

“Keputusan berhubung Pilihan Raya ke-15 tertakluk kepada perbincangan pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Dato’ Sri Ismail Sabri sendiri selaku Naib Presiden UMNO dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Di peringkat akar umbi, janganlah berperangai terlebih sudu dari kuah. Hormati peranan dan keputusan pemimpin tertinggi UMNO berhubung apa-apa jua isu. UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan. Justeru itu, gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan anda.” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu Media melaporkan terdapat sekumpulan kecil penyokong UMNO menjerit “bubar, bubar, bubar” ketika Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO tiba di Ibu pejabat UMNO Negeri Johor bagi melihat keputusan Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

Tindakan sekumpulan kecil penyokong parti menjerit meminta pembubaran Parlimen ketika ketibaan Perdana Menteri sebagai satu perbuatan tidak bermaruah telah mendapat kritikan beberapa pihak. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,501FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat