Langgar SOP kena letak jawatan, tak ada siapa boleh bekerja – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Langgar prosedur operasi standard (SOP) bukanlah satu jenayah,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian merujuk Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ismail Sabri berkata, Hishammuddin tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah,” katanya.

“Langgar SOP bukanya jenayah.. tidak ada sangkut paut dengan jenayah, dan Kementerian Kesihatan sudah keluarkan kompaun.

“Kalau siapa kena kompaun kena letak jawatan, saya ingat tiada siapa yang boleh bekerja sebab semua kena letak jawatan,”katanya memetik Astro Awani.

Semalam Hishammuddin mengakui kekhilafannya kerana melanggar SOP ketika hadir dalam Majlis Pelancaran Briged MIC Johor pada Ahad.

Jelas Hishammuddin dalam ciapan di Twitter rasminya, beliau hadir sebagai tetamu dalam majlis itu dan mengakui memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP dalam majlis terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat