‘Bakat tak boleh dibeli dengan duit’

- Advertisement -

Putrajaya: “Kamu (Iqbal) tak berbakat dalam nyanyian. Bakat tak boleh dibeli dengan duit.”

Demikian kata penyanyi dan komposer, Ajai ketika memberikan komen kepada peserta, Iqbal Zulkefli pada konsert minggu kedua program Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam hari ini.

Iqbal yang tampil menyanyikan lagu Ketahuan nyanyian asal kumpulan Matta turut ditegur supaya tidak terus menerus menjatuhkan maruahnya di depan khalayak ramai.

“Bakat ini pemberian Allah dan tak boleh dibeli. Bagaimana kita nak ‘bagi’ Allah duit? Ia diberi oleh Allah SWT.

“Ada orang bertahun belajar untuk dapatkan ilmu (nyanyian). Saya tak suka benda ini dijadikan bahan lawak. Awak perlu jaga maruah awak,” katanya yang juga juri tetap Big Stage 2022.

Iqbal bagaimanapun menerima segala teguran dengan hati terbuka.

“Saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Terdahulu, kemunculan Iqbal pada minggu lalu dalam program realiti itu dikecam hebat oleh netizen kerana dianggap sebagai peserta yang tidak berkualiti sekaligus menjatuhkan standard program yang masuk musim keempat itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat