500 Pelajar Sekolah Rantau Panjang Terima Bantuan YBR

- Advertisement -

Rantau Panjang, 14 Februari 2021 – Yayasan Bank Rakyat menyediakan RM50,000 kepada 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Rantau Panjang bagi menerima bantuan persekolahan sempena dengan Program Kembali ke Sekolah Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh pelajar sekolah rendah dan menengah ketika negara dilanda pandemik Covid-109, satu sesi penyerahan (mengikut syarat SOP) telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Operasi Yayasan Bank Rakyat, Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani.

“Bantuan yang diberikan ini juga membuktikan keprihatinan badan bukan berkeuntungan ini dalam menjalankan tanggungjawab sosial bagi memastikan semua lapisan masyarakat terutama murid aekolah dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara dan dapat belajar sama seperti rakan mereka yang lain,” katanya.

Sementara itu, Syaiful Rizal juga turut berkata perlaksanaan bantuan ini adalah memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan membuat persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah. Diharapkan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga bagi sesi persekolahan yang baru selepas Perintah Kawalan Pengerakan 2.0 yang telah dijalankan pada 14 Januari sehingga 18 Februari 2021.

Tambah beliau lagi, bantuan persekolahan berupa wang tunai bernilai RM100 ini disumbangkan kepada setiap pelajar yang telah dikenalpasti dari kalangan keluarga berpendapatan B40. Bantuan ini turut diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan murid-murid sentiasa gembira sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

Program bantuan persekolahan anjuran YBR ini akan diagihkan ke 141 lokasi lain yang telah dikenalpasti kerana ia bukan sahaja dapat membantu keluarga serta pelajar – pelajar yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna, malah dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara supaya selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehingga 2020, seramai 33,721 murid telah menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM3.87 juta.

Melalui bantuan yang disalurkan ini diharapkan agar dapat membantu ibu bapa dalam mengharungi saat-saat sukar ditambah pula dengan negara menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Alaf Baru Rantau Panjang, Encik Akbar Salim dan Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat, .Encik Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat