Tak pelik Al-Sultan Abdullah beri titah addendum, Pas bukan mengampu dan menipu – Hadi Awang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas tidak menganggap pelik adanya titah addendum oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Apatah lagi perbicaraan kes tersebut berlaku semasa pemerintahan baginda Sultan Pahang.

Menurut Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mereka yang menolaknya, sama ada kerana jahil agama atau kalangan bukan Islam atau dendam dan tidak sabar ketika berkuasa.

“Pas tetap menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi, termasuklah terhadap orang yang paling bermusuh dengannya.

“Tindakan para pemimpin dan ahli Pas yang mendukung isu bagi meletakkan Islam sebagai contoh kepada semua, walaupun terhadap musuh yang telah membelasah Pas dalam tempoh yang panjang. Pas tidak bersikap laksana hujan sehari melenyapkan panas setahun.

“Konsep adil kepada semua dan mendahulukan kemaafan menjadikan konsep Islam berjaya mengalahkan golongan penjajah yang lebih kuat dan kaya.

“Banyak kenyataan tokoh ilmuwan dan politik Barat melabelkan slogan Islam itu lebih bahaya daripada fahaman komunis yang dianggap paling kejam dan penjajah liberal yang paling menipu dan ganas. Sehingga mencetuskan fitnah Islamofobia dan bahaya gelombang hijau yang ditaja oleh DAP,” katanya dalam catatan Minda Presiden Pas pada Isnin.

Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan, Pas tetap beristiqamah bersama Islam dalam konsep kehakiman, dengan mendahulukan proses pengampunan, bukannya bersikap mengampu dan menipu.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi, Pas bukanlah parti sekular yang tidak beragama dan mudah terpengaruh dengan politik Barat penjajah yang berprinsipkan kaedah matlamat menghalalkan cara..

“Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika peristiwa Fathu Makkah (Pembukaan Kota Makkah) dalam keadaan yang paling kuat dan berkuasa, sama ada dengan memaafkan (pengampunan penuh) atau meringankan hukuman.

“Ahli-ahli Pas yang ditarbiah terus beristiqamah, sekalipun terhadap kalangan yang paling bermusuh dengan Pas.

“Mereka yang berada di luar ajaran Islam atau menyertai Pas tanpa mengikuti program tarbiah, sedang dalam kepanasan tidak sabar kerana dendam atau mengejar kebendaan atau menjaga kerusi yang selesa kedudukan pangkatnya,” bidas beliau.

Tambah Hadi, Pas yakin dan percaya bahawa isu ini boleh menarik kalangan Melayu Islam agar bersatu bersama Islam.

“Perpaduan Melayu Islam dibenci oleh kalangan yang dengki terhadap umat Islam yang bersatu walaupun kebaikannya untuk semua pihak dalam negara.

“Termasuk kalangan bukan Islam yang berada di bawah payung rahmat Allah bersama Islam yang telah dinyatakan tujuannya oleh Rasulullah SAW dengan membawa hukum Allah yang adil kepada seluruh manusia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat