PAU mungkin pecat Hishammuddin dan pengkhianat SD – dakwa Pemuda Umno Pontian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesi akhir penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 petang ini dijangka akan berlakunya ‘pembersihan dalam Umno’.

Naib Ketua Pemuda Umno Pontian, Datuk Mohd Fauzi Sunawan mendakwa, petang ini kumpulan yang menandatangani akuan bersumpah (SD) akan berdepan tindakan disiplin parti.

“PAU kali ini nak stabilkan parti dulu. Parti kita sedang reform sedang keluarkan masalah-masalah dari parti… sebagai contoh petang ini mungkin akan ada digantung, ada dipecat mereka menyebabkan parti tak boleh move on.

“Semua parti ada undang-undang. Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) akan tentukan undang-undang kepada ahli parti yang tidak sehaluan. Semua parti macam tu, bukan cuma Umno saja.

“Ini adalah hak Presiden Umno setia, kita menjunjung institusi Presiden bukan institusi Zahid tapi Presiden. Sesiapa pun Presiden kita hormat,” katanya.

Beliau memberi gambaran ‘pengkhianat’ Umno yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan digantung atau dipecat petang ini.

“Nama-nama mereka akan dimajukan ke Mesyuarat MT dan Lembaga Disiplin untuk tindakan.

“Petang ini mungkin akan ada gerakan pecat, pecat, pecat daripada perwakilan,” katanya.

Sebelum ini dinamakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri Jalaludin Alias (Jelebu) antara 10 Ahli Parlimen yang dimaksudkan itu.

Enam yang lain adalah Datuk Seri M Saravanan (Tapah), Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai), Datuk Isam Isa (Tampin), Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah), Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis).

Sementara itu, Mohd Fauzi juga menyatakan, Presiden baru Umno pastinya akan menarik keluar 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) daripada terus menyokong Kerajaan Perpaduan maka ia akan mengundang kepada ketidakstabilan parti dan juga Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, sekiranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tumbang dalam pemilihan parti maka ia turut mengheret kepada kegoyahan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Sebaiknya dua jawatan utama Umno itu ‘hold’ dulu, bagi peluang Presiden buat pembaharuan lebih jitu dan konkrit lagi. Jika Presiden (Zahid) kalah, kerajaan ini cuma sekejap saja bertahan.

“Saya yakin presiden baru akan tarik ‘handbrake’ daripada terus menyokong Kerajaan Perpaduan. Walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada sebut tentang kebersamaan, mungkin tak boleh bersama.

“Sebab itu Perikatan Nasional (PN) asyik canang mereka akan memerintah tidak lama lagi, ini bermakna mereka mengharapkan pemilihan Umno sebelum 19 Mei, mereka mahu pastikan Zahid kalah,” katanya ketika ditemui Suara.TV di WTC pada Sabtu.

Mohd Fauzi juga menyatakan, Presiden baru tentunya akan membawa naratif baru yakni 30 ahli Parlimen BN akan tarik balik sokongan kepada kerajaan pimpinan Anwar dan berpaling menyokong PN.

“Usah salahkan Presiden atas kekalahan Umno pada PRU15. Kita tak boleh salahkan seorang individu kalau parti kalah.

“Untuk kestabilan eloklah jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

“Maka kerajaan ini akan stabil selama satu penggal, tidak akan bertukar kerajaan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat