Jawatan Presiden, Timbalan Umno tidak perlu dipertandingkan – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyarankan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti Mei ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang itu berkata sebaliknya usaha perlu dilakukan bagi mengukuhkan parti selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita Umno kena mengorak langkah kerana dalam PRU ke-15 baru baru ini kita mengalami kekalahan jadi kita kena ubah dan atur strategi dan kita gunakan pendekatan baru bagi tujuan bangkit semula kerana kita tidak ada pilihan.

“Ramai perwakilan menyentuh soal supaya pertandingan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan kerana sejarah telah membuktikan sekiranya berlaku pertandingan akan wujud perpecahan.

“Oleh sebab itulah Presiden dan banyak perwakilan telah membangkitkan supaya Umno perlu bersatu kalau tidak kita menghadapi keadaan yang lebih teruk pada PRU akan datang,” katanya ketika ditemui di Persidangan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) hari ini .

Bercakap kepada Suara TV beliau turut mengingatkan ahli-ahli UMNO agar mengetepikan sentimen politik untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi kemakmuran bersama.

“Kita dipihak umno hanya ada 30 kerusi. Kita termasuk dalam pembentukan kerajaan dan kita telah diberi beberapa jawatan termasuklah jawatan timbalan perdana menteri. Bermakna dengan adanya jawatan ini membolehkan kita melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan boleh membantu rakyat.

“Fakta juga telah membuktikan yang pernah terjadi antara Tengku Razali dan Tun Mahathir, itu yang kita bimbang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat