Polis tahan 15 individu masak di stesen minyak Genting Highlands

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis menahan 15 individu dalam siasatan kes memasak di stesen minyak, kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata 10 lelaki dan lima wanita itu ditangkap selepas hadir ke IPD Bentong.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

“Empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan,” katanya lapor Harian Metro.

Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Polis berkata ia menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 Mei lalu.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kegusaran kepada orang awam.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat