Faizal tunai impian solat, baca talkin arwah bapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penghijrahan dan perubahan hidup yang membawa mesej positif kepada masyarakat menjadi topik paling hangat dan meraih tontonan tertinggi menerusi kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? sepanjang 2021.

Antara kisah menyentuh emosi termasuklah perkongsian bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail atau FBI yang kini melalui fasa perubahan dalam hidup apabila kembali kepada fitrah menerima maklum balas positif penonton yang memuji dan mendoakan mereka kekal istiqamah.

Melalui fasa perubahan yang dianggap drastik, Faizal berkata, dia bersyukur diberi kesedaran lebih awal oleh Allah.

Kata bekas pengacara Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu itu, perkara itu disedari ketika arwah bapanya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Saya bersyukur Allah jentik hati saya untuk berubah lebih awal. Ketika bersembang dengan ibu, arwah bapa pernah meluahkan kebimbangan siapakah yang akan solatkan jenazahnya apabila sudah tiada.

“Alhamdulillah, saya dapat menunaikan impian dan bacakan talkin untuk arwah,” ungkap bekas pemenang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak enam kali berturut-turut.

Faizal bersama isteri dan anak-anak yang turut melakukan perubahan besar dalam kehidupan. - Foto IG Faizal Ismail
Faizal bersama isteri dan anak-anak yang turut melakukan perubahan besar dalam kehidupan. – Foto IG Faizal Ismail

 

Sudah menjadi kelaziman, menjadi seorang insan lebih baik pasti ada ujian untuk menduga keimanan. Faizal juga tidak terlepas berdepan situasi sama.

“Dugaan saya apabila didatangi tawaran mengendalikan program hiburan. Sebelum memberi sebarang penjelasan, saya rujuk dahulu kepada ibu dan isteri bertanyakan pandangan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir dan melakukan timbang tara, akhirnya saya tolak tawaran walaupun saya tidak tahu apakah akan ada peluang lain selepas ini.

“Namun, apabila saya tolak sesuatu kerana Allah, namun, digantikannya dengan tawaran lain iaitu untuk mengacara program hiburan Islamik iaitu Hijrahkan Laguku,” ujarnya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat