Penangan video Baby Shark ‘terhebat’ di YouTube

- Advertisement -

Amerika Syarikat: Platform penstriman video, YouTube mengesahkan video lagu Baby Shark yang menjadi fenomena dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa, kini mencecah jumlah lebih 10 bilion tontonan di platform itu.

Jumlah itu juga menjadikan Baby Shark sebagai video paling banyak ditonton dan menjadi video pertama di YouTube yang mencecah jumlah tontonan sebanyak itu.

Video lagu kanak-kanak itu diterbitkan oleh syarikat berasaskan pendidikan dari Korea Selatan, Pinkfong dan dipersembahkan oleh penyanyi berbangsa Korea-Amerika, Hope Segoine pada 2016.

Pada ketika itu, ia hanya berjaya tular di Asia sehinggalah pada 2019, popularitinya meningkat naik sehingga ke pasaran Amerika.

Bagi meraikan pencapaian terbaharu itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pinkfong Amerika Syarikat, Bin Jeong mengajak kanak-kanak dari seluruh dunia untuk berkongsi detik manis dan video tarian bersama mereka.

Selepas tular di seluruh dunia, Baby Shark diadaptasikan dalam bentuk program TV Nickelodeon, bijirin sarapan, program secara langsung dan juga menjadi lagu tema sorakan untuk pasukan besbol Washington Nationals.

Ia juga bahkan berjaya melangkah ke dalam carta lagu Billboard Top 40.

Video Baby Shark memaparkan dua kanak-kanak yang menunjukkan gerakan tarian Baby Shark sambil menyanyi dan dikejar oleh sekeluarga ikan jerung.

Namun, keluarga ikan jerung itu gagal memakan mereka dan dua kanak-kanak itu meraikan kemenangan mereka kerana berjaya menyelamatkan diri.

Terdahulu, Baby Shark juga berjaya memecahkan rekod pada November 2020 apabila mencecah jumlah 10 bilion tontonan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat